Rabu, 6 Januari 2016

Catatan pengalaman ku melakukan HSG atau Hysterosalpingogram

Salam.. hye semua tora kembali lagi dengan catatan baru hahaah, ok kali ni nak cerita pengalaman aku buat HSG atau Hysterosalpingogram.. ape bendala HSG ni kan??? aku pun takberapa tau tapi aku google and copy paste kat sinila bagi kita sama2 paham ye..

Menurut page alamhamil.com....
" Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia jugaboleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG". 
ok meh aku cerita pengalaman aku pulak.. aku buat HSG ni masa 2013 time tu first rawatan aku dengan LPPKN.. dah nama pun first time kan memang la aku blur2 je semua ikut je ape nurse suruh buat n follow je tarikh appoiment dia bagi..aku buat HSG dekat hosp perak community ipoh petang dalam pukul 2 macam tu aku sampai n terus daftar..settle daftar dia tanya tau tak nak buat ape ni??? aku cakap tak tau nurse bagi tarikh appoiment and suruh datang sini buat HSG.. tetiba nurse kat kaunter pendaftaran tu mengomel2 cakap apela LPPKN ni semua nak suruh kita buat, slumber je hantar patient tak explain ape2 haihhhh aku dah rse tak sedap hati ape hal ni??? macam nak buat operation je..susah sangat ke pun? x-ray je kot???

lpeas tu nurse tu tanya ada alahan ubat tak? sebab aku ada alahan dia bagi ape benda tah..cucuk jarum kat tangan n inject ubat kat situ..kene tunggu 1 jam plak untuk ubat tu serasi dengan aku...lepas sejam dia panggil aku masuk dalam bilik x-ray tu suruh tukar kain..weyh tolonglah nama je hosp swasta tapi dia punya kain macam setaun tak bsauh geli aku nak pakai..takkan la tak mampu kot nak beli kain baru kain pun kain batik lusuh ntah sapa punya la tinggal kat situ..hospt govt lagi bersih kot ada kain khas yg warna hijau tu ni tak ye ada 2 kain je kain batik or kain pelekat haaaa pilih nak yg mana??? lama aku kat dalam tu sampai nurse tu ketuk pintu dia cakap tak tuka lagi??? tula spatut awak kene bawak kain sendiri tapi takde siapa inform kan? pakai jela doktor dah tunggu tu T__________T

aku redho jela pkai kain berbau tu ntah dah berapa orang pkai pun aku taktau geli weh bila pikir2 balik hishhhh... lepas tu doktor tu suruh baring dekat katil yang sediakan..dia tanyala aku tau tak nak buat ape?? aku jawab lagi taktau herghhh berapa akli nak tanyela..tadi aku duduk satu jam kat luar tu takde sapa nak explain pun semua duk sembang je pun..lepas tu dia pun explainla itu ini tapi semua aku tak paham yang aku tau aku sejuk aku mintak selimut tapi dia tak bagi :(

tiba2 aku denga doktor tu cakap sakit macam senggugut tau... eh ape ni??? sakit??? masa procedur tu berlangsung bukan sakit macam senggugut ye..sakit lebih dari tu..sakit yang aku pun taktau nak cakap macam mana..tapi 3hari jugakla bleeding bawah tu..procedur tu aku tktau sangat macam mana sebab aku tak fokus masa doktor tu terang kat aku..tapi kejap je dalam 10minit kot.. tapi settle tu emmang takboleh bangun terusla kene rehat jap 15minit macam tu baru boleh bangun tu pun kene papah..

waktu ambik result tu doktor cakap rahim aku ok..takde tersumbat dan tak terbalik..fuhhhhhh lega aku terus hilang sikit rasa sakit yang aku alami... otw balik tu aku nangis aku cakap kat hb sakitnya kenapa susah sangat kita nak dapat anak?? orang lain kenapa senang?? macam2 test nak kene buat rasa macam tak sanggup dah..suami aku ni dia jenis tak suka layan perasaan aku sebab dia tau kalau dia layan nanti aku jadi makin ngada2 makin sakit...so dia suka distract perasaan aku ke tempat lain...dia cakap lapar tak? jom makan..cakap je nak makan ape harini semua boleh.aku cakap nak makan kat tempat duduk yg ada sofa lembut n kene ada aircond..haha maka ke pizza hutla kami..tu je pun yang paling dekat otw balik tu nak pegi jauh2 tak larat..

ok lah tu je nak cerita boiiiiii

Ahad, 3 Januari 2016

Try To Conceive Di Hospital Swasta

salam..hye semua dan selamat tahun baru masihi

Weyh dah 2016 ni masuk 5tahun aku kawin hihihi tak habis lagi cerita throwback pasal TTC..harini aku nak cerita pasal Try to conceive (TTC) atau dalam bahasa melayu nya ialah "mencuba untuk hamil" di hospital swasta..tujuan utama aku buat dengan hospital swasta ialah aku nak doctor perempuan..masa tu tak tau nak pilih hospital mana..aku bajet nak try KPJ or Pantai since tu jela pun hospital yang glemer kat ipoh tu..tapi ada satu hari tu aku teman kawan aku ni dia pegi expo baby dan terjumpa dengan booth hospital ar-ridzuan diaorang bagi pamplet n bisnes kad aku pun tanyala ada tak buat TTC?? diaorang cakap ada tapi kene col diaorang nanti diaorang setkan appoiment..settle expo tu aku pun lupa dah nak col diaorang hahaah..

dalam masa yang sama aku masa tu tengah try set kesuburan shaklee antara yang aku makan ialah B-complex..tension weyh makan B-complex tu..kene minum air masak 3liter setiap hari dah keje aku asyik nak pegi toilet je..sehari dua bolehla aku minum air masak 3liter masuk hari ketiga aku dah start mengelat n bila mengelat mula la air kencing warna kuning pekat sampai aku rasa sakit nak buang air kecil..tak boleh jadi aku terus ajak hb pegi klinik tapi malas nak pegi klinik kerajaan sebab dah petang sangat so aku ajak pegi hosp ar ridzuan dekat ipoh..masa doktor tu check dia cakap aku kene kencing kotor tapi dia cakapla B-complex takkan menyebabkan kencing kotor..mungkin sebab aku kurang minum air masak...perghhhh doktor tu macam tau2 je memang aku paling tak suka air masak kot hahahah..lepas tu dia tanyala kenapa aku makan B-complex? aku cakap la aku tengah ikhtiar untuk hamil dah 4 tahun kawin masih tak hamil..doktor tu excited weyh dia soh naik atas jumpa kawan dia doktor zety dia soh buat fully check up..eh doktor ni macam tau2 je memang aku nak tanya pasal tu pun hahaha..

settle kat bawah kami pun naikla atas jumpa doktor zety..starting cerita2 je dulu pengalaman aku dah jumpa doktor lain sebelum ni, dah ambik darah, buat HSG semua..so lepas tu doktor buat ultrasound nak tengok ada ape2 ketumbuhan tak, doktor suspect aku ada cyst sebab aku cerita aku alami senggugut yang sangat teruk setiap kali aku period..mesti akan ambik panadol actifast kalau tak ambik panadol tu boleh pengsan dia punya sakit..tapi bila buat ultrasound doktor cakap aku ok takde masalah ape2 rahim aku pun ok takde cyst..aku dah macam blur2 sikit dah kenapa semua orang yang aku jumpa cakap aku ok..semua takde ape2??? abes tu kenapa tak mengandung jugak??? (cakap dalam hati jela pun haha)

settle ultrasound tu doktor cadangkan beberapa plan untuk aku..1st plan dia suruh aku makan clomid dulu dari hari kedua period sampai hari keenam lepas tu datang balik hosp hari ke 12 untuk check telur membesar atau tak.. doktor cadangkan aku dgn hb try kaedah natural dulu sebab dia kata kami dua2 normal so chances untuk megandung secara normal tu agak tinggi.. so hari ke 12 aku datang balik n buat tvs scan..tvs ni scan dari !£"£%£% kita untuk check telur dah besar ke belum..masa doktor check tu dia cakap telur dah besar cantik 19.5cm ke inchi ntah aku pun lupa dah..so doktor terus bagi injection untuk matangkan telur.. selalu kan hari subur kita dari hari ke 12 sampai hari ke 16 antara hari tu kita kene bersama sebab taktau bila hari subur yang paling tepat kan? tapi bila aku inject je ubat matangkan telur tu memang hari subur aku comfirm hari ke14..means telur akan menetas hari ke14 la paham tak???..settle injection tu doktor suruh rehat sehari nanti malam esoknya kene buat homework (bersama) dengan suami..

balik je dari hosp tu dua2 muka bercahaya dalam hati dua2 meletakkan harapan yang sangat tinggi dalam rawatan kali ni..sebab ni kira first time la kitaoran buat rawatan yang fully check up mcm ni..selalu buat rawatan kan asyik tak abes je huhuhu.. hb aku cakap dia macam dapat rasa kali ni comfirm akan mengandung hahahahah tapi hampa ye..ngam2 hari aku di jangka period tu memang period sungguh maka bersedihla dua2 huhuhu..

lepas tu pegila balik jumpa doktor zety cakap result negative and doktor cadangkan untuk ikut second plan which is iui..ni nantila aku cerita details mengantuk dah ni..

ok boiiii

Urutan untuk mengandung

Lepas stop dengan LPPKN and klinik kesuburan tu aku rilek-rilek jela dulu sebab doktor dah sahkan yang aku n hb takde apa2 masalah..lagipun masa tu aku tangah belajar lagi so aku pun tak terpikir sangat hal zuriat ni sebab kebanyakkan masa aku banyak aku habiskan dengan kelas n kawan-kawan kira tak sunyi sangatla masa tu hahahaa...

sambil-sambil tu aku try la ubat-ubat online yang banyak kat pasaran tu..mula-mula aku try beli vitamin folic acid sebab kawan aku ada cakap dia makan tu then mengandung..masalah aku ialah aku susah nak commit makan ubat tu asyik terlupa je so terabai la ubat tu di sana..lepas tu kt fb nampak pulak ubat lumiglo tengah in orang jual n banyak testimoni cakap berjaya hamil..tu pun sama jugak masalahnya tak boleh commit sebab aku asyikkkkk lupa je nak pakai haihhhh...

So stop kejap...lepas je habis study mak aku dah mula risau masa tu dah masuk tiga taun kami kawin masih tak de berita baik uollzs hahaha..yang mak aku stiap kali col aku duk berzikir suruh urut..dia cakap anak kawan dia urut kat bidan tu terus mengandung..aku bukan apa urut-urut ni aku scary sikit aku takot kang elok-elok doktor check takda apa-apa bidan tu tambah-tambah.. kang tetiba dia buat apa2 lari aligment aku nanti macam mana? huhuhu tapi tak boleh lari yeh dari mak aku tu..elok je aku balik kampung dia nampak muka aku terus ajak hb aku angkut aku pegi urut malam tu jugak..aku cakapla eh tak boleh harini period baru hari kedua mana boleh urut2 ni..mak aku ajak jugak pegi tanya dulu macam mana..korang nak tau tak..bidan tu cakap memang masa paling cantik urut masa hari kedua period sebab masa tu perut tengah lembut n apa lagi tah dia cakap aku dah lupa... aku terus omggggg! kenapa bidan ni sama macam doktor tu cakap kene hari kedua..ni mesti bidan teror ni..patutla anak kawan mak aku terus lekat urut kat dia (cakap dalam hati jela hihi)

Tapiiiii bidan tu urut masyaallah...sakit giler ko tau tak..ntahla mungkin sebab aku memang takpernah kene urut kot slalu kalau sakit sikit-sikit tu mak aku or hb aku je yang urut ala2 manja-manja gituew..aku siap kene marah dengan bidan tu "apahal ko ni menjerit macam kene dera"???! hb aku cakap aku menjerit dengar sampai ke luar hahahaha serius sakit woiiii..orang lain lepas kene urut badan rasa ringan kan? aku terus demam seminggu hahahaah T____T tobat aku taknak urut dah..
settle urut tu bidan tu cakapla aku takde masalah rahim jatuh or ape2 yg serius so tak payahla risau kalau serasi tangan dia dengan badan aku lekatla nanti...lepas tu dia bagi air herba suruh minum dan2 tu jugak paksa okeh takminum tak boleh balik..aku punya berkeras taknak minum sampai mak aku dengan hb aku telan air tu nak yakinkan aku yg air tu sedap dioarang boleh minum..ishhh nasib baik dah malam malas aku nak negotiate dengan mak bidan tu dah aku pun minumla sekali teguk je...terus mak bidan tu puji2 cakap haaaaa boleh je pun! nah ambik ni sebotol besar mnum seminggu berturut2 T_______T saborrrr jela huhuhu...

so resultnya negative yer..masih takberjaya hamil hahahah...lepas tu aku ada jugakla urut dekat area2 rumah aku ni dengan bidan lain...bidan yang lagi satu ni serius syok weh dia urut urat kat tapak kaki aku tu meletop2..aku sebenarnya ada masalah susah nak buang angin tapi lepas kene urut dengan bidan kedua ni settle dah masalah tu huhuhu...bidan yang kedua ni pulak cakap rahim aku tinggi tu yang susah nak lekat..eh tapi aku tak bagi dia rendahkan rahim aku...gila! nanti jadi apa2 macam mana???

bidan kedua ni pun aku masih tak berjaya hamil jugak..tapi lepas pengalaman berurut ni aku rasa better korang yang tengah TTC try jugak sebab boleh hilangkan stress n buat badan rasa bertenaga je..bestla tapi pandai2 la korang pilih yang bertauliah je jangan main sebat je tah sapa2 kalau aligment korang lari aku tak tanggung..

ok lah itu je kisah berurut aku..sekian boiiiii