Isnin, 12 Oktober 2015

Klinik Kesuburan

Aku tertarik nak try klinik kesuburan ni masa kawan aku cakap dia mengandung lepas jumpa doktor kt klinik ni..aku cakap kat kawan aku bagila aku ubat dia sikit..tapi kawan aku cakap takboleh aku kene pegi klinik tu buat check up dulu..aku pun pujuk la hb ajak dia pergi jugak..aku pergi klinik kat ipoh yang dekat dengan banggunan super kinta tu..sebelum pegi tanya kawan aku dulu berapa dia bayar..dia cakap dalam Rm300 lebih... Omgggggg! tapi kawan aku tu ada masalah apa ntah, dia period sepanjang tahun huhuhu so aku pun prepare la duit siap2 dan pergi hari kedua period..yup berdasarkan pengalaman aku dekat LPPKN dulu, kalau nak jumpa doktor kena pergi hari kedua period sebab hari tula hari ko akan di beri sejenis ubat bernama "clomid" dan ubat tu memang kene makan start hari kedua period je..hari lain takboleh makan..fungsi ubat tu untuk membantu pembesaran telur (kot) hahaha tak berapa pastila...

Klinik tu biasa je macam klinik lain-lain yang slalu kita pergi jumpa doktor jugak..cuma kat sign board dia tulis klinik kesuburan la.. so masa datang klinik tu pegi kat kaunter aku direct je cakap "haritu kawan saya datang sini dia mengandung, so dia suruh saya datang jumpa doktor jugak"..hahaha bangga nurse tu aku cakap macam tu...Ooooo sudah mengandung ka?? bagus2.. lepas tu terus dia bagi borang untuk registration, settle registration masuk jumpa doktor..tengok-tengok doktor lelaki la pulak adoiyaiiiii...malas betula la sebab aku memang penyegan sangat orangnya..so sebelum check up tu tanya dulu siap-siap doktor ada nak check saya punya "$%%$^ ke? dia tanya kenapa tanya itu macam?? aku terus terang jela cakap saya tak selesa la..kalau boleh tak nak.. doktor tu senyum je n cakap takpe saya buat ultrasound dulu, kalau semua ok tak payah check "$%*&*.. masa buat ultrasound hb aku ada sekali doktor tu terangkan ni rahim..ok rahim cantik tak terbalik..n takda tanda2 cyst or fibroid...so dia cakap aku ok je takda masalah apa2 settle semua dia bagi ubat clomid untuk dua cycle priod..dannnn korang tau tak aku kene bayar rm150 je hahaha tersenyum-senyum je hb aku masa hulur duit tu..lepas tu excited tangkap gambar ubat tunjuk kat kawan aku weh sama tak macam ubat ko??? dia cakap yang clomid tu je sama tapi dia ada dapat beberapa ubat lain lagi..patutla mahal hik..

Selesai jumpa doktor aku makan ubat clomid tu 2 cycle period and still tak mengandung, maka kecewala hati ini hahahaha... (blom rezki kami masa tu)

pendapat akula kan kalau korang pergi klinik kesuburan yang macam ni untuk buat ultrasound je ok la kot..sebab dia tak consult ko betul-betul.. dia macam ko demam lepas tu ko jumpa doktor, lepas tu doktor bagi ubat then balik..sedangkan untuk kes-kes inferterlity macam kita2 ni kene ada follow up dan consultation penuh dari doktor..lepas makan clomid kene buat apa..kalau tak mengandung kene buat apa..tapi aku tak teruskan dengan klinik tu pun, sebab utama aku tak nak buat dengan doktor lelaki serius aku tak selesa.. so kita stop sampai situ jela  T_____T

Rabu, 7 Oktober 2015

LPPKN

Aku pegi LPPKN ni dua tahun lepas..mula2 aku pun lost jugak taktau mana nak mula untuk buat check up..lepas tu aku google klinik fertility dan terjumpa dengan LPPKN ni..rupanya LPPKN ni ada sediakan klinik untuk infertility cases tapi takla percuma sebab klinik ni separuh kerajaan dan separuh swasta.. Masa aku pergi tu tahun 2013 pendaftaran kene bayar rm40, aku pergi kat cawangan ipoh sebab aku stay kat perak..sebelum pergi aku col dulu tanya nak datang check kesuburan..nurse tu tanya aku dah berapa lama kawin? aku cakap dah setahun lebih sikit..so dia cakap ok boleh datang sebab diaorang cuma terima case yang dah setahun berkawin je..yang kurang dari tu tak terima..kecuali ada beberapa faktor contoh umur masa ko kawin dah 40 tahun dan ada risiko kalau lambat hamil..mungkin dia terima kot.. nurse tu cakap lagi kalau nak datang lebih afdal datang hari kedua period sebab boleh buat check up terus..kalau datang hari lain pun boleh je diaorang terima tapi kitala nanti nak datang dua tiga kali..sanggup tak?

So hari kedua period aku pun datangla dengan suami.. masa pertama kali jumpa korang WAJIB datang dengan suami tau sebab dia nak interview korang..masa ni belum jumpa doktor lagi..korang akan jumpa nurse dulu dia akan uruskan borang and hantar korang pergi cehck up dulu.. berbalik pada interview tu korang kene alert pasal diri korang sikit sebab nurse akan tanya beberapa soalan "throwback" seperti..
1. umur berapa 1st time datang period?
2. cycle period? 28hari ke, 30 hari ke
3. selalu period berapa hari? 6hari, 7hari, 8hari
4. berat badan dan tinggi
5. eh macam2 lagilah tapi yang atas ni wajib la korang kene selidik dan ingat untuk memendekkan masa interview korang tu hahah...soalan untuk suami plak merokok tak? masa kecik2 pernah dapat beguk tak? dan adala beberapa soalan lagi aku pun dah lupa..

So lepas settle interview tu nurse akan bagi borang "suami benarkan doktor lelaki buat pemeriksaan atas isteri"dua2 kene sign borang tu..kalu ko tak sign maka ko takboleh lah nak buat pemeriksaan kat situ sebab kat cawangan perak tu cuma ada 1 je doktor dan doktor tu lelaki..kami pun sign jelah..

Ok lepas sesi sign borang2 kebenaran semua, tibalah masa untuk diri ko jadi "tikus makmal" muahahaha takdela aku gurau je..antara ujian2 yang ko kene hadap ialah:

ISTERI:
1. Ambik darah hari ke2 haid
2. Ambik darah hari ke 21
3. HSG (nak tengok tiub fallopio tersumbat tak..ni nanti aku buat entry khas)
masa kat LPPKN aku buat sampai sini je..lepas tu aku gone hahahahaa

SUAMI:
1. Sperm count (ni pun nanti aku buat entry khas)

Macam yang aku tulis kat atas tu aku dengan suami buat sampai test HSG je sperm count buat tapi tak jadi huhuhu...nantila aku citer kenapa tak jadi..ok nak tau kenapa aku stop dengan LPPKN? sebab sebenarnya aku dan suami terbawak balik file yang sepatutnya LPPKN simpan sebagai rujukan diaorang, so..lepas settle semua ujian2 tu diaorang tak contact aku pun..lepas sebulan macam tu aku col la LPPKN tanya macam mana denga keputusan ujian yang aku buat tu diaorang pun tanya no.file aku cakapla £"$%$.... lamaaaaaaa okeh diaorang cari siap suruh aku col balik lepas 10minit..masa aku col balik tu aku cakap la "file ada kat saya" terkejut nurse tu hahahahaha..dia cakap saya cari atas bawah tak jumpa file awak kenapa takbagitau awal2??? nurse tu pun pelik kenapa aku bawak balik file tu..rupanya masa kitaorang buat test sperm count tu nurse kat makmal atas cakap dah boleh balik..dia bagi file tu kat kitaorang..so kitaorang pun balikla..ingatkan bawakla skali file tu...rupanyaaaaa tak okeh file tu kena bagi balik kat nurse kat bawah...so nurse tu suruh hantar balik file tu..tapi kitaorang malas sebab result HGS ada kt aku doktor tu pun cakap rahim aku ok tak terbalik n tak tersumbat..lagipun bila pk2 balik nanti nak buat check up dengan doktor lelaki terus tak ssnggup..sebab takla darurat sangat n boleh cari alternatif lain lagi..maka kami pun stopla rawatan kat LPKKN tu...

Ok pada yang nak buat rawatan kat LPPKN tu korang kene jumpa nurse dulu tau..korang takkan dapat jumpa doktor selagi korang tak buat ujian2 yang macam aku buat kat atas tu..dan doktor bukan hari2 ada kt LPPKN tu dia ada hari2 tertentu je.. lepas settle semua ujian tu baru nurse akan bagi tarikh temujanji untuk jumpa doktor.. dan ujian2 tersebut bukanlah di buat di LPPKN yer diaorang takde makmal ambik darah semua tu..nanti nurse akan bagi slip dan cadangkan beberapa tempat untuk ambik darah...selalunya makmal tu ada link dengan LPPKN macam aku haritu aku ambik darah dekat DOKTOR LAB makmal ni blakang je dengan LPPKN so lepas ambik darah aku takpayah susah2 collect result..staff doktor lab akan hantar terus result dekat LPPKN..bayaran sekali ambik darah rm25, bayaran buat HSG (x-ray) rm 150 tapi aku ada allergic ubat so kene tambah ubat lain rm20 total rm170,HSG aku buat dekat hospital swasta pun LPPKN yang cadangkan so korang jangan risaula..semua LPPKN yg uruskan korang tinggal sediakn duit n badan je huhuhu, bayaran buat sperm count rm25 ni buat dekat klinik LPPKN diaorang ada makmal untuk sperm count. tapi harus di ingat masa aku buat ujian2 ni semua tahun 2013 masa tu gst pun takde lagi..so kalau korang nak buat sekarang mungkin harga akan berbaza sikit..wallahuaklam

Untuk korang yang berniat nak buat check up kat LPPKN cawangan satu malaysia korang boleh rujuk  laman web diaorang dekat sini... kalau korang tak paham dengan cerita aku kat atas ni korang boleh rujuk link ni aku ambik dekat laman web lppkn..dia sebenarnya prosedur iui tapi step dia sama je..OK boiiiiii :)



Selasa, 6 Oktober 2015

Second Entry

Hello

Hahaha skali dua entry aku up dlm satu hari..bukan apa first entry tadi tu macam simple sangat tapi aku ada banyak benda nak tulis ni.. so tulis sini la ye

Korang mesti dah biasa dengar kan orang lambat dapat zuriat ni sensitif dengan soalan "bila nak dapat anak?" pengalaman aku masyarakat melayu kita ni bukanlah nak sangat perli2 tanya2 ko macam kan dia takpaham sangat yang anak tu rezeki dari allah s.w.t..tapi diaorang selalu tanya untuk memulakan bicara dan pengalaman aku jugak aku dapat soalan2 yang macam tu dari orang yang aku tak rapat..kebanyakkannya dari keluarga belah suami dan kawan2 kerja suami,  which is dah orang tak rapat tetiba tanya soklan maut ko mestila sensitip betul tak???

Pengalaman aku jugak orang2 yang suka tanya soklan maut ni ada 3 fasa.. fasa pertama masa ko baru kawin 2-3 bulan..masa ni soklan diaorang memang jenis soklan perli2 mcm menganjingla contoh soklan "haiii tak lekat2 lagi ke?..kerjala keras sket" haaaa lebih kurang macam tula soklan nye..masa tu serius aku n suami rilek je tak pk ape jawab sambil gelak2 je..baru lagi kot dan masih dalam fasa honeymoon mana nak rasa ape huhuhu...fasa kedua masa ko dah kawin setaun or setaun lebih2 tak pun dah 4-5 kali ko balik kampung tapi ko still tak mengandung haaaa masa ni jangan terkejut bila ko tengok orang ramai2 berkumpul citer benda macam serius rupanya tengah mengumpat ko hahahaha yessss baru aku tau ape rasanya kena umpat dan ko plak ada area2 tempat tu je..makan dalam seyhhh! fasa kedua ni bertambah serius bila ko ada abang and abang ko kawin setaun lepas ko dan bini dia mengandung dulu dari ko..maka ko akan sering di banding2 kan dengan bini abang ko! maka saat itu hendaklah ko bersabar ye..huhuhu ok fasa ketiga ialah bila ko dah kawin 3tahun keatas masa ni lagi hazab weyh soklan2 maut yg ko dapat ialah "tak usaha ke?" "tak takut ke ......" haaa paham2 jela aku malas nak tulis dan masa ni memang kalau ko tak kuat iman boleh bawak gaduh la jugak..

"Allah takkan menguji hamba2 nya di luar kemampuan hamba tersebut"..aku memang dah alamai benda ni bayangkan orang kata macam2 siap perli depan orang ramai tapi aku boleh boleh rilek je senyum kelat kat situ dan boleh bertahan sampai settle majlis..kalau ikutkan aku ni takla kuat mana and boleh tahan panas baran tapi ntah dari mana aku dapat kekuatan pun aku tak tau.. dan ayat tu aku memang pegang jadikan prinsip aku sampai sekarang..

So aku start jumpa doktor masa aku di fasa kedua..lepas setahun berkahwin dan berumur 26tahun dah jumpa doktor untuk buat checkup..tu nanti aku cerita later okeh..tapi buat masa ni aku cerita2 jela dulu sebab benda ni macam throwback aku pun takde tangkap gamba ke ape..sebab mana la aku tau aku nak buat blog..nanti bila aku dah cerita yang current baru aku tangkap gamba okeh:)

ok boiiiii...see u later

First Entry

Salam and hye..
sebab utama aku wujudkan blog ni adalah untuk mencatat perjalanan aku sebagai salah seorang hamba allah yang terpilih dalam kalangan yang sukar hamil..yer aku sedang TTC (try to conceive) seperti orang lain yang lambat dapat rezeki zuriat.. selama hampir 4 tahun berkahwin dan telah berusaha selama 3 tahun masih belum ada rezeki buat aku dan suami.. perjalanan 3tahun yang sangat sukar..yang sepatutnya dah aku catatkan 3 tahun dulu tapi baru harini ada kesedaran tu..takpelah better late than never kan? ia nya juga di harap dapat membantu rakan2 lain yang sedang berusaha dan berikhtiar.. akan aku catatkan pengalaman aku agar dapat memberi manfaat kepada rakan2 lain..in sha allah 



ok lah will update pengalaman pertama aku di entry seterusnya :)
1st entry ni teaser jew..ok boiiii