Isnin, 12 Oktober 2015

Klinik Kesuburan

Aku tertarik nak try klinik kesuburan ni masa kawan aku cakap dia mengandung lepas jumpa doktor kt klinik ni..aku cakap kat kawan aku bagila aku ubat dia sikit..tapi kawan aku cakap takboleh aku kene pegi klinik tu buat check up dulu..aku pun pujuk la hb ajak dia pergi jugak..aku pergi klinik kat ipoh yang dekat dengan banggunan super kinta tu..sebelum pegi tanya kawan aku dulu berapa dia bayar..dia cakap dalam Rm300 lebih... Omgggggg! tapi kawan aku tu ada masalah apa ntah, dia period sepanjang tahun huhuhu so aku pun prepare la duit siap2 dan pergi hari kedua period..yup berdasarkan pengalaman aku dekat LPPKN dulu, kalau nak jumpa doktor kena pergi hari kedua period sebab hari tula hari ko akan di beri sejenis ubat bernama "clomid" dan ubat tu memang kene makan start hari kedua period je..hari lain takboleh makan..fungsi ubat tu untuk membantu pembesaran telur (kot) hahaha tak berapa pastila...

Klinik tu biasa je macam klinik lain-lain yang slalu kita pergi jumpa doktor jugak..cuma kat sign board dia tulis klinik kesuburan la.. so masa datang klinik tu pegi kat kaunter aku direct je cakap "haritu kawan saya datang sini dia mengandung, so dia suruh saya datang jumpa doktor jugak"..hahaha bangga nurse tu aku cakap macam tu...Ooooo sudah mengandung ka?? bagus2.. lepas tu terus dia bagi borang untuk registration, settle registration masuk jumpa doktor..tengok-tengok doktor lelaki la pulak adoiyaiiiii...malas betula la sebab aku memang penyegan sangat orangnya..so sebelum check up tu tanya dulu siap-siap doktor ada nak check saya punya "$%%$^ ke? dia tanya kenapa tanya itu macam?? aku terus terang jela cakap saya tak selesa la..kalau boleh tak nak.. doktor tu senyum je n cakap takpe saya buat ultrasound dulu, kalau semua ok tak payah check "$%*&*.. masa buat ultrasound hb aku ada sekali doktor tu terangkan ni rahim..ok rahim cantik tak terbalik..n takda tanda2 cyst or fibroid...so dia cakap aku ok je takda masalah apa2 settle semua dia bagi ubat clomid untuk dua cycle priod..dannnn korang tau tak aku kene bayar rm150 je hahaha tersenyum-senyum je hb aku masa hulur duit tu..lepas tu excited tangkap gambar ubat tunjuk kat kawan aku weh sama tak macam ubat ko??? dia cakap yang clomid tu je sama tapi dia ada dapat beberapa ubat lain lagi..patutla mahal hik..

Selesai jumpa doktor aku makan ubat clomid tu 2 cycle period and still tak mengandung, maka kecewala hati ini hahahaha... (blom rezki kami masa tu)

pendapat akula kan kalau korang pergi klinik kesuburan yang macam ni untuk buat ultrasound je ok la kot..sebab dia tak consult ko betul-betul.. dia macam ko demam lepas tu ko jumpa doktor, lepas tu doktor bagi ubat then balik..sedangkan untuk kes-kes inferterlity macam kita2 ni kene ada follow up dan consultation penuh dari doktor..lepas makan clomid kene buat apa..kalau tak mengandung kene buat apa..tapi aku tak teruskan dengan klinik tu pun, sebab utama aku tak nak buat dengan doktor lelaki serius aku tak selesa.. so kita stop sampai situ jela  T_____T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan